Program Komuniti Madani : Asas Penggunaan Media Sosial & Keselamatan Internet
11 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniProgram Komuniti MADANI merupakan salah satu inisiatif daripada Kerajaan untuk merapatkan lagi jurang komunikasi di kalangan rakyat. Dengan kerjasama NADI x JAPEN daerah Kulai, Program Komuniti Madani : “Asas penggunaan Media Sosial & Keselamatan Internet” telah diadakan pada 10 Ogos 2025 bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Taib Andak.
Program ini dibuat secara bersemuka dengan ucapan perasmian oleh Puan Hajah Nadia, Ketua Komuniti Madani Hawariasku, Daerah Kulai. Dan ucapan pendahuluan dari wakil Pegawai Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Kulai.
Didalam program ini, para peserta dapat mengetahui, ciri dan cara penggunaan media sosial (Facebook & Tiktok) dengan betul dan selamat. Selain itu, para peserta telah mendapat banyak manfaat dan pengetahuan baharu sepanjang program ini berlangsung.
Antara aktiviti yang turut diadakan adalah pemeriksaan kesihatan kepada semua peserta secara percuma. Selain dari penerangan mengenai asas penggunaan media sosial dan keselamatan internet, Pengurus NADI juga telah memberikan sedikit penerangan mengenai asas penyuntingan video melalui aplikasi Tiktok.
Tahniah kepada Pejabat Penerangan Daerah Kulai atas penganjuran program ini dan pihak NADI Felda Taib Andak mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran dan kerjasama yg telah diberikan oleh semua pihak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: